2013 target 5A

UPSR 2013
Patterned Text Generator at TextSpace.net

Penambahan: Jadual Penambahan



Ini ialah "Jadual Penambahan" atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagaiaddition table.


Bagaimanakah cara menggunakan jadual ini?

Contoh: 3+7= ?

Mula-mula, cari baris yang bernombor "3".
Kemudian, cari pula lajur yang bernombor "7".
Nombor yang berada pada titik persilangan antara nombor "3" dan nombor "7" ialah "10".

Oleh itu, 3+7=10 !

[sila klik gambar di atas untuk penerangan lanjut]
Selamat Mencuba!

Tahun 3: Lanjutan bentuk 2D


Adakah anda mengenali kesemua bentuk-bentuk di bawah?


Selain daripada 4 bentuk yang telah kita pelajari, masih terdapat beberapa lagi bentuk 2D yang lain. Antaranya:

*segiempat sama ialah sebuah kuadrilateral sekata

Pentagon? Heptagon?? Oktagon???


Bentuk-bentuk tersebut dinamakan bergantung pada bilangan sisinya.
Seperti contoh: Oktagon diberi nama sedemikian kerana bilangan sisinya adalah 8 ('okta' bermaksud 'lapan'.)


Octopus (sotong kurita) mempunyai lapan kaki.
('Octa' = lapan)



Bentuk Nonagon di bawah mempunyai 9 sisi. Cuba kira berapakah bilangan bucu dan sudut bentuk ini?




Rajah di sebelah menunjukkan antara nama-nama bentuk 2D beserta dengan bilangan sisi dan sudutnya.

Dapat dinyatakan bahawa...

bilangan sudut = bilangan sisi!

Tahun 3: Mengenali Prisma




Baca poster mengenai bentuk prisma (prism) di sebelah.
Apakah yang anda faham mengenai prisma?






Secara umumnya,
- Prisma mempunyai 2 permukaan yang sama bentuk; ini dikenali sebagaitapak prisma.
- Permukaan bentuk-bentuk yang selebihnya (selain daripada tapak) berbentuk segi empat tepat.
- Bentuk permukaan pada tapak prisma melambangkan nama sesuatu prisma.

Berikut merupakan antara bentuk-bentuk prisma. Cuba kenal pasti permukaan yang manakah merupakan tapak kepada prisma yang ditunjukkan.


Prisma segi empat = kubus atau pun kuboid!
Prisma segi empat tepat = kuboid!


Tahun 3: Bentangan bentuk 3D.




MARI MEMBINA BENTUK 3D!

Muat turun bentangan bentuk-bentuk 3D di bawah dan binakan bentuknya. Anda boleh juga boleh bekerja dalam kumpulan dan cuba hiasi bentuk yang telah dibina mengikut kreativiti masing-masing.



Anda boleh mendapatkan bentangan bagi pelbagai lagi bentuk di sini: klik!

Ciri-ciri Bulatan

Tahun 4
Satu-satu bentuk terdiri daripada sisi.
Ada dua jenis sisi iaitu sisi lurus dan sisi melengkung.


Bulatan adalah bentuk yang mempunyai muka atau pun sisi melengkung.


Titik di tengah bulatan ialah pusat (centre).

Sisi melengkung yang membentuk bulatan ialah lilitan (circumference).

Garis lurus dari pusat ke sebarang titik pada lilitan ialah jejari (radius).

Diameter pula ialah garis lurus yang melalui pusat dan kedua-dua hujungnya terletak pada lilitan.


Sekarang, lihat pada gambarajah di bawah.





Dapatkah anda mengenal pasti yang manakah merupakan pusat bulatan, jejari dan juga diameter bulatan?





Jawapan: 

pusat: O ; jejari: OA, OB, OD ; diameter: AD


Perimeter


Tahun 4: 



Setiap sisi segi empat di atas panjangnya berukuran 3 cm.
Jika dicampurkan panjang setiap sisi,

3 cm + 3 cm + 3 cm + 3 cm = 12 cm.

Hasil tambah bagi setiap sisi luar bentuk 2D dinamakan sebagai perimeter!
Dari kata lain, perimeter ialah ukur lilit bagi sesebuah bentuk.



Garisan merah yang mengelilingi bentuk rumah ini mewakili perimeter bentuk tersebut!



Mari kita lihat contoh di bawah:


Segi empat ini mempunyai dua sisi berukuran 4cm dan dua lagi sisi berukuran 3 cm. Mari kita kira perimeter bentuk ini!

4 cm + 3 cm + 4 cm + 3 cm
14 cm

Oleh itu, perimeter rajah ini ialah 14 cm!




Sekarang, mari kita kira perimeter bagi bentuk segitiga di sebelah pula!
Segitiga ini terdiri daripada sisi yang berukuran 7 cm, 9 cm dan 12 cm. Oleh itu, perimeter bentuk ini dapat dikira,

7 cm + 9 cm + 12 cm
28 cm


Penambahan : Bentuk Lazim

Operasi tambah boleh diselesaikan dengan cara mudah iaitu melalui kaedah bentuk lazim.

Cara bagi menggunakan kaedah ini ialah:

Contoh soalan: 6+3=?
Langkah 1: Tuliskan nombor yang pertama
Langkah 2: Kemudian, tuliskan simbol '+'
Langkah 3: Tuliskan pula  nombor kedua di bawah nombor yang pertama.
Seperti berikut:

   6
+ 3
     

Langkah 4: Kemudian kira, dan tuliskan jawapan seperti berikut.
   6
+ 3
   9
 
Namun, kadang kala penambahan nombor yang besar perlu dilakukan seperti berikut:


Adakah anda dapat melihat bagaimana cara memisahkan 12 kepada  
1 puluh dan 2 sa ?

Kemudian, kita letakkan nilai 1 puluh tadi di atas lajur puluh. 
Oleh itu, kita akan ingat untuk menambahkannya ketika mengira nilai puluh nanti

Setelah itu, anda bolehlah meneruskan pengiraan nilai puluh seperti biasa.


Jawapan bagi soalan ini ialah 32.

Jika anda ingin mencuba latihan atas talian, sila klik gambar di bawah :
Gambar adalah sekadar hiasan

Untuk latih tubi tambahan , sila klik link di bawah:

Selamat mencuba!

Translate