Mendarab nombor lebih besar dari 10



Caranya sama sahaja…

Tetapi bagi nombor yang lebih besar daripada 10, kita perlu lihat lagi berapa banyak diperlukan sesuatu nombor itu menjadi 100.
Sekarang, kita lihat nombor pertama iaitu 86, lagi berapa banyak di perlukan untuk 86 menjadi 100? Sudah tentu 14, jadi tulis 14 di bawah 86.


Dan seterusnya kita lihat nombor kedua iaitu 93, lakukan seperti tadi, lagi berapa banyak diperlukan untuk 93 menjadi 100? Sudah tentu 7, jadi tulis 7 di bawah 93.


Jadi hasilnya akan jadi begini:-


Sekarang tolakannya secara pepenjuru (diagonally), pilih salah satu yang mudah ditolak sama ada 93 tolak 14 atau 86 tolak 7 kerana kedua-duanya akan menghasilkan jawapan yang sama iaitu 79. Kalau saya diberi pilihan, saya akan pilih 86 tolak 7 kerana ia lebih mudah. Hasil tolakan ini akan menjadi bahagian pertama jawapan anda.

Sekarang darabkan kedua-dua nombor di barisan kedua (dalam kotak), iaitu 14 x 7 = 98, yang akan menjadi digit terakhir jawapan anda. Maka jawapan bagi 86 x 93 ialah 7998


^.~

No comments:

Post a Comment