2013 target 5A

UPSR 2013
Patterned Text Generator at TextSpace.net

Mendarab nombor lebih besar dari 10



Caranya sama sahaja…

Tetapi bagi nombor yang lebih besar daripada 10, kita perlu lihat lagi berapa banyak diperlukan sesuatu nombor itu menjadi 100.
Sekarang, kita lihat nombor pertama iaitu 86, lagi berapa banyak di perlukan untuk 86 menjadi 100? Sudah tentu 14, jadi tulis 14 di bawah 86.


Dan seterusnya kita lihat nombor kedua iaitu 93, lakukan seperti tadi, lagi berapa banyak diperlukan untuk 93 menjadi 100? Sudah tentu 7, jadi tulis 7 di bawah 93.


Jadi hasilnya akan jadi begini:-


Sekarang tolakannya secara pepenjuru (diagonally), pilih salah satu yang mudah ditolak sama ada 93 tolak 14 atau 86 tolak 7 kerana kedua-duanya akan menghasilkan jawapan yang sama iaitu 79. Kalau saya diberi pilihan, saya akan pilih 86 tolak 7 kerana ia lebih mudah. Hasil tolakan ini akan menjadi bahagian pertama jawapan anda.

Sekarang darabkan kedua-dua nombor di barisan kedua (dalam kotak), iaitu 14 x 7 = 98, yang akan menjadi digit terakhir jawapan anda. Maka jawapan bagi 86 x 93 ialah 7998


^.~

Kaedah cepat pengiraan sifir!


Sifir 9 menggunakan jari?? Biar betul….

Rasanya ramai sudah tahu mengenai kaedah menghafal sifir 9 menggunakan jari… Dari 1 darab 9 hinggalah 10 darab 9…. pertama sekali, sediakan 10 jari… sebaik-baiknya jari tangan anda….

Bila sudah ada 10 jari, label atau ingatkan nombor bagi setiap jari itu seperti dalam gambar di bawah



Bagi mendapatkan jawapan untuk sifir 9 ini, jari bagi nombor yang di darabkan dengan 9 akan di tutup… Contohnya 2 darab 9…Maka jari no 2 di tutup… Hasilnya akan di dapati…sebelah kiri jari di tutup, ada jari terbuka, manakala sebelah kanan jari tertutup itu ada 8 jari terbuka….maka jawapannya 18.




2 x 9 =18

contoh lain


                                                                      1 x 9 = 9



                                                                      3 x 9 =27
^.~

Translate